About

LEBIH BAIK SALAH DARIPADA TIDAK PERNAH BERBUAT SALAH !! jangan takut untuk mencoba daripada tidak pernah mencoba sama sekali !!

Senin, 27 Februari 2012

Anak membangkang

SEORANG ANAK MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA


    Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke
gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni
Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah
tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah
berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah
menjaga wanita dan anak-anak."

    "Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi
mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka
izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."

Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang.

    Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat
aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."

    Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat
satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."


    Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil.
Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan
Badar dan mati syahid.

    Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak
mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil
menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus
mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid.

    Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus
menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk
menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."


    Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan
anaknya di syurga.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes